Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap. Buat Sendiri Makan Sepuas Hati.

Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap. Buat Sendiri Makan Sepuas Hati.

Kalau dah tekak Malaysia tu, tetap tak boleh lari dari nasi lemak dan sambal bilisnya. Dibalut pula dengan daun pisang. Aromanya menyengat hidung, perut pun lapar. Satu bungkus pun tak cukup. Takkan nak borong sampai sebakul baru puas hati.

Mari cuba resepi nasi lemak dan sambalnya yang sedap ini. Tak perlu lagi dah nak keluar setiap pagi beli nasi lemak. Duduk rumah pun boleh makan sampai puas.

Copy of Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap. Buat Sendiri Makan Sepuas Hati.

Resepi Sambal Ikan Bilis

Bahan-Bahan

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili kisar
  • Ikan bilis
  • Minyak masak
  • Pes asam jawa
  • 2 biji Bawang besar dipotong nipis
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk secukup rasa / ajinomoto

bahan nasi lemak

Cara-Cara Penyediaan

  • Panaskan kuali dan masukkan 2 senduk minyak masak.
  • Cuci ikan bilis dan toskan. Goreng ikan bilis sehingga garing.
  • Angkat dan toskan ikan bilis yang telah digoreng.
  • Masukkan dalam 1 setengah senduk bawang kisar iaitu bawang merah dan bawang putih.
  • Masukkan 1 sudu garam untuk bawang cepat garing. Bila bawang dah garing dan berwarna keperangan, masukkan cili kisar dalam 2 senduk.
  • Masukkan beberapa sudu gula. Masukkan gula awal-awal untuk cepatkan cili garing. Masukkan pes asam jawa atau air asam jawa.
  • Kacau rata dan masukkan bawang besar yang dipotong nipis.
  • Perlahankan api. Kacau sambal sampai betul-betul garing. Proses ni ambik masa sikit. Pastikan sampai pecah minyak.
  • Masukkan air panas atau air suam 2 cawan. Kacau rata dan biar sambal pekat skit. Masukkan ikan bilis goreng tadi.
  • Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Tutup api dan sambal nasi lemak siap.

ikan bilis goreng

Resepi Nasi Lemak

Bahan-Bahan

  • Beras
  • 1 biji kelapa parut (kisar dengan pengisar – 2 kali perahan santan)
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan
  • Hirisan halia

Cara-Cara Penyediaan

  • Cuci beras dengan bersih.
  • Masukkan santan mengikut sukatan beras yang hendak dimasak.
  • Sukatan air atau santan mestilah mengikut jenis beras yang biasa dimasak  (ada beras jenis lembut dan keras) dan boleh gunakan kaedah sukatan jari. Ukur tinggi beras dengan jari tengah.
  • Sukatan air atau santan mestilah sama paras ukuran tinggi beras (jari letak atas beras bukan dalam beras apabila sukat paras air).
  • Masukkan garam dan kacau rata.
  • Cuci daun pandan dan carik-carikkan, ikat daun pandan. C
  • Masukkan ke dalam periuk nasi.
  • Masak guna rice cooker atau masak guna dapur gas. Jika guna rice cooker kdg2 bila separuh masak penekan tu dah naik, boleh angkat periuk dan masak atas dapur gas. Kacau rata. Tutup periuk dan kecilkan kan api. Masak sehingga nasi betul-betul masak.

ukur nasi

masukkan daun pandan

nasi lemak dan pandan

nasi lemak siap

Dah siap nasi lemak dan sambal bilis sedap. Jom makan dulu. Tak boleh sabar dah ni.