Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Nasi Ulam Utara Marvelous. Sekali Cuba Pasti Jatuh Hati

Sebut sahaja Nasi Ulam Utara pasti ramai akan terbayang akan keenakan gabungan nasi bersama ulam-ulamanya bukan. Nasi ulam ini mempunyai keistimewaannya sendiri, boleh makan ianya begitu sahaja. Lagi sedap jika Nasi ulam utara ini digandingkan dengan sayur keladi. Terasa lagi umphhh. Mari kita pelajari cara-caranya.

 

Bahan-bahan Diperlukan :

  • Daun kunyit
  • Daun sekentut
  • Daun kesum
  • Pucuk putat
  • Pucuk ulam raja
  • Pucuk gajus
  • Pucuk kacang panjang
  • Daun pegaga
  • Pucuk petai belalang
  • Pucuk kaduk
  • Bunga kantan
  • petai hiris nipis
    (ulam ulam ini campur pastu balut dengan daun kunyit pastu hiris halus, Lagi bnyk ulam lagi sedap)
  • Bawang besar hiris nipis
  • Kerisik
  • Air limau nipis
  • Garam
  • Perasa (kalau suka, kalau tak suka tak payah)

Bahan yg ditumbuk lumat

  • Serai
  • Lengkuas
  • Cili api ( tumbuk mcm buat sambal belacan)

 

 

Cara Cara :

  1. Campurkan semua bahan yang di hiris dan yg ditumbuk tadi, masukkan kerisik dan isi ikan masin
  2. Gaul rata seterusnya masukkan garam secukup rasa,perahkan air limau nipis
  3. Agak-agak dah sebati baru masukkan nasi yg dah di sejukkan.Gaul bagi rata dengan nasi.
  4. Lepas gaul bolehlah rasa , apa yg kurang boleh tambah. Siap untuk di makan.

SELAMAT MENCUBA 🙂