Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Otak Otak Ikan Tenggiri Memang Awesome, Sedap Abislahhh.

Bagi orang Johor otak-otak memang terkenal di negeri tersebut. Biasanya diletakkan di meja kedai-kedai makan dan harganya boleh mencecah RM0.90 sekeping. Rasa isi ikannya yang berempah, lemak, manis dan pedas dibungkus dalam daun kelapa. Otak-otak ni sedap jika cukup rasa manis, lemak & pedas, tiada daun kelapa bungkus guna daun pisang pun boleh. Dimakan pulak ketika dibakar panas, namun boleh juga dikukus untuk disejuk bekukan dijadikan inti popia. Bagi penggemar otak-otak, jika selalu beli je kali ni bolehlah buat sendiri ikut resepi yang dikongsikan oleh Resepikinin.com. Pasti lebih jimat dan boleh makan sepuas hati. Berikut adalah resepinya.

Bahan-bahan Diperlukan :

(Hidangan Untuk 30 Keping) :

  • 300 gm ikan tenggiri
  • 2 sudu besar santan pekat
  • 1 biji telur ayam
  • 1/4 cawan tepung ubi
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-Bahan Sambal :

  • 3 sudu besar cili
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 1 biji buah keras
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai dihiris
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 1/4 cawan air

Bahan-Bahan Untuk Membungkus :

  • Daun kelapa
  • Lidi

Cara Cara :

  1. Mula-mula masukkan bawang putih, belacan, buah keras, halia, kunyit, lengkuas, serai, rempah kari ikan, cili, air asam jawa dan air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.
  2. Kemudian tumis dengan minyak sehingga mendidih dan ketepikan seketika.
  3. Kisar isi ikan sehingga halus dan campurkan bersama santan pekat, tepung ubi, telur,sedikit air,garam, gula serta bahan-bahan sambal. Gaul sebati.
  4. Selepas itu, ambil satu sudu besar isi ikan masukkan ke dalam daun kelapa.
  5. Kemudian kepitkan dengan lidi di kedua-dua hujungnya dengan kemas.
  6. Langkah ini diulangi sehingga semua adunan habis.
  7. Bakar di atas arang hingga daun nampak garing dan otak-otak masak.
  8. Otak-otak sedia untuk dihidang. (Ia boleh juga dimasukkan ke dalam petisejuk beku jika ingin disimpan lama)

SELAMAT MENCUBA 🙂