Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Pandan Muffin Yang Memikat Hati Ramai, Rugi Kalau Tak Cuba.

Muffin yang sangat mudah dan cepat disediakan ini, memang benar apa yang ditulis oleh kawan kawan yang telah mencubanya. Muffin ini naik dengan cantik, rasanya pulak memang gebu dan moist serta berbau sangat harum.
Kalau ada yang mahu menyediakan hidangan petang dengan cepat dan sedap, Resepikini.com cadangkan supaya mencuba resepi ini. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 200gm tepung gandum
  • 1 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk bicarbonate soda
  • 1/2 sk garam
  • 120gm gula kaster
  • 200ml santan  (guna 100 ml santan kotak & 100 ml air)
  • 100ml minyak jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sk pandan paste
  • 1/2 sk pandan essence  (tak letak)
  • Sedikit pewarna hijau (tak letak)
  • Badam hiris atau apa yg disukai (tabur)

Cara Cara :

  1. Panaskan oven pada Suhu 190 C. Sediakan muffin cups.
  2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan gula dan kacau rata.
  3. Dalam mangkuk lain, satukan santan, minyak, telur, pandan paste, esen dan pewarna.
  4. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam papercups. Tabur dengan badam.
  6. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA 🙂