Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Paprik Ayam Homemade Padu, Rugi Tak Cuba.

Menu Paprik Ayam ini telah menjadi kegilaaan ramai malah telah menambat selera rakyat Malaysia. Bukan saja mudah untuk disediakan, malah rasanya juga sangat sedap dan menyelerakan. Memang makan bertambah lah kalau dapat ni. Apa yang mudah tentang resepi kali ni ialah anda tak perlu untuk kisar pun bahan-bahan nya, cuma perlu hiris nipis dan tumis. Mudah kan? Rugi kalau tak cuba ni, berikut adalah resepinya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • Ayam (potong dadu)
  • Garam secukupnya  (lumur pada ayam)
  • 3 ulas bawang putih  (tumbuk lumat)
  • 2 hiris halia (tumbuk lumat)
  • 1 sudu besar serbuk cili  (campur sedikit air)
  • 5-6 helai daun limau purut
  • 2 batang serai (titik)
  • Sos tiram secukupny
  • Sos cili secukupnya
  • Kicap manis cap kipas udang secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 1 biji bawang Holland (dihiris)
  • 2-3 tangkai kacang panjang (dihiris)
  • 1/2 batang lobak merah (dihiris)
  • Cili padi (ditumbuk kasar)
  • Sedikit air

Cara Cara :

  1.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, cili padi dan serai hingga wangi.
  2.  Kemudian masukkan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga sedikit masak.
  3.  Masukkan ayam. Gaul rata dan biarkan ayam sedikit kecut.
  4.  Tambahkan sos cili, sos tiram dan kicap. Perasakan juga dengan garam serta perasa dengan secukupnya.
  5.  Seterusnya masukkan hirisan bawang, lobak merah serta sedikit air. Biarkan mereneh seketika.
  6.  Akhir sekali, masukkan hirisan kacang panjang dan daun limau purut. Gaul rata dan biarkan kacang masak.
  7.  Angkat dan sedia untuk dinikmati.

SELAMAT MENCUBA 🙂