Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Popia Basah Paling Awesome. Rugi Tak Cuba.

Popia terbahagi kepada dua jenis iaitu popia bergoreng dan tidak bergoreng. Popia goreng  boleh dipelbagaikan cara masakannya manakala Popia basah merupakan satu satunya popia yang tergolong dalam popia yang tidak bergoreng. Kini, popia basah di luar boleh mencecah Rm1 seketul, jika kita buat sendiri tentunya lebih jimat dan puas dimakan. kalau buat sendiri lebih baik dan dapat mengikut cita rasa kita sendiri agar berpuas hati.Berikut adalah cara cara membuat popia basah dari Resepikini.com

Bahan-bahan Diperlukan :

Bahan Kulit :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • Secubit garam

Bahan Inti Popia :

  • 1/2 biji kobis – di racik halus
  • 3 biji sederhana besar carrot – di sagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan Sos Sambal :

  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Minyak untuk menumis
  • Garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • Kacang kisar – jika suka

Cara Cara :

Kulit Popia :

  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan.
  2. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
  3. Ceduk sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper.
  4. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
  5. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar.
  6. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan.
  7. Boleh disusun berlapis-lapis kerana ia tidak melekat.

Inti Popia :

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
  2. Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam.
  3. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.

Sos Sambal :

  1. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa.
  3. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
  4. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.

Tip:

Cara penyediaan popia bergantung pada citarasa. Jika anda hendak letakka sambal dahulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pun boleh. Ikut selera anda.

SELAMAT MENCUBA 🙂