Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Potato Cheesy Wedges Ala KFC Memang Power, Rugi Gila Tak Cuba.

Anak-anak memang suka makan cheesy wedges dan antara yang paling popular tentulah yang terdapat di KFC. Sebenarnya cara buat wedges kentang ini bukanlah sesukar mana pon. Bahannya pun mudah didapati, malah kita pon dapat berjimat dari abiskan duit untuk anak anak beli cheesy wedges kat KFC tu kan. Apakata kita ikuti perkongsian Resepikini.com untuk resepi cheesy wedges ala KFC ini. Mudah sangat! Berikut adalah resepinya.

Bahan-bahan Diperlukan :

Bahan-Bahan Untuk Kentang Wedges Ala KFC :

  • 4 biji kentang (Kalau tak nak kupas kulit pun tak mengapa. Tapi, pastikan ianya dibasuh bersih)
  • Mixed herbs
  • Lada sulah
  • Garam
  • Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)

Bahan-Bahan Untuk Membuat Sos Cheese Homemade :

  • 3-4 sudu makan mentega / marjerin
  • 250ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu makan tepung gandum yang diayak
  • 1 kiub pati ayam
  • 6 keping keju biasa
  • Sedikit serbuk lada hitam & lada putih
  • Sedikit pewarna kuning (optional)

Cara Cara :

Cara -Cara Untuk Kentang Wedges Ala KFC :

  1. Pertama sekali, potongkan kentang dalam bentuk wedges.
  2. Kemudian, kukuskan kentang supaya agak-agak lembut. Lebih kurang dalam 5-7 minit.
  3. Selepas dikukus, keluarkan dan letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Ini jenama yang saya gunakan. Nak gunakan jenama lain pun boleh. Gaulkan biar sebati.
  4. Seterusnya, taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati.
  5. Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cheesy.

Cara-Cara Untuk Membuat Sos Cheese Homemade :

  1.  Mula-mula, cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sehingga tepung sebati.
  2. Masukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak. Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.
  3.  Siap. Pastikan sos tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  4. Agak-agak dah sesuai, boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap

SELAMAT MENCUBA 🙂