Memandangkan sekarang cuaca panas, Resepikini.com kongsikan resepi puding laici berkuah untuk anda sejukkan tekak selain anda kena banyakkan minum air kosong untuk elakkan strok haba. Resepi puding laici berkuah ni senang sahaja sebab kita guna serbuk agar-agar dan laici dalam tin, memang mudah untuk didapati. Selain buah laici anda juga boleh pelbagaikan buah-buahan dalam puding tersebut seperti strawberry, kiwi dan pelbagai. Mari kita lihat bahan-bahan dan caranya.
Bahan-bahan Diperlukan :
- 10 gram serbuk agar-agar
- 8 cawan air (guna cawan kopi)
- 1 3/4 cawan gula pasir
- 1 tin susu cair
- 2 tin laici tin
Cara Cara :
- Masak air dan gula hingga mendidih.
- Masukkan serbuk agar dan 1/2 cawan air laici tin. Bila dah mendidih, masukkan susu cair. Bila dah mendidih terus tutup api.
- Masukkan larutan puding dalam jug supaya mudah nak tuang dalam bekas plastik ( guna bekas plastik sQ250)
- Tuang dalam bekas, bila puding dah mula mengeras taburkan buah laici yang dah dicarik-carik atas puding.
- Dah elok keras bolehlah tuang baki air laici tin tadi atas permukaan puding.
- Simpan dalam peti sejuk. Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply