Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Puding Mangga Manis Dan Sedap. Sesuai Dijadikan Pencuci Mulut

Puding memang sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut . Selain menyejukkan tekak, ia juga boleh juga dijadikan manisan. Kalini saya ingin kongsi dengan anda resepi puding mangga. Lagi sedap jika ditambah buah mangga potong disekeliling puding tersebut.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 20g agar-agar tali
  • 7 cawan air
  • 1 cawan gula
  • Sedikit gula batu
  • 3/4 cawan susu tepung.
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • 3 biji mangga (yg manis)

Cara Cara Memasak:

  1. – Masak agar-agar bersama 7 cawan air hingga larut agar-agar
  2. Tuang gula dan gula batu, kacau-kacau
  3. Kemudian tuang susu tepung dan sedikit garam
  4. Kacau-kacau bagi sekata/sebati.
  5. Masak sehingga mendidih, Tutup api
  6. Ambik 2 cawan agar-agar tadi.
  7. Tuang dalam blender serta 1 biji mangga potong-potong, tepung kastard dan sedikit pewarna kuning telur blend hingga hancur halus
  8. Basahkan loyang, Tuang 2 cawan agar-agar yang bersusu tadi dlm loyang.
  9. Biarkan agar-agar tu mengeras sedikit.
  10. Boleh susun perlahan-lahan mangga yg dipotong dadu atas permukaan agar-agar tadi. (Saya susun separuh dulu mangga).
  11. Lepas tu tuang sedikit agar-agar.
  12. Selebihnya mangga, susun semula dan lebihan agar-agar tadi tuang habis.
  13. Biarkan agar-agar tu mengeras sekejap
  14. Agak-agak dah beku sedikit agar2 tu.
  15. Tuang agar yang diblender tadi perlahan-lahan atas agar-agar susu tadi.
  16. Biarkan sejuk
  17. Boleh simpan dalam peti sejuk.
  18. Selepas 3 jam bolehlah dipotong puding ni ikut suka.
  19. Sedia utk menikmatinya

SELAMAT MENCUBA 🙂