Puding oreo 5 bahan ini boleh memudahkan kerja anda kerana ia mudah dibuat dan disediakan. Barangannya juga mudah didapati di kedai atau pasaraya berdekatan . Bahan utama puding oreo ini semestinya biskut oreo itu sendiri kerana biskut oreo sering menjadi pilihan kesemua masyarakat . Jom kita belajar cara-cara membuat Puding Oreo menggunakan 5 bahan.
Bahan-bahan Diperlukan:
- 1 paket serbuk agar-agar (10 gram)
- 800 ml susu segar
- 150 gram gula pasir
- 8 keping biskut Oreo (dibuang krim)
- 2 sudu besar Milo
Cara Cara :
- Satukan serbuk agar-agar, susu segar dan gula pasir di dalam periuk.
- Masak pada api sederhana sehingga mendidih. Kacau sehingga sebati.
- Buangkan krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut sehingga agak kasar dan tidak terlalu halus.
- Letakkan sedikit air di acuan supaya puding mudah dikeluarkan.
- Masukkan biskut Oreo yang dipecahkan ke dalam acuan.
- Asingkan 1/4 agar-agar susu untuk dicampurkan dengan serbuk Milo.
- Tapis lebihan agar-agar ke dalam acuan.
- Dengan menggunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan.
- Panaskan 1/4 dari agar-agar susu tadi dan masukkan milo. Kacau sehingga sebati.
- Tapis dan tuangkan secara perlahan di atas lapisan agar-agar Oreo tadi. Sejukkan.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply