Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Pulut Kuning Lembut, Lemak Dan Berkilat Menggunakan Rice Cooker. Ikuti Resepi Ini.

Pulut Kuning Lembut, Lemak Dan Berkilat Menggunakan Rice Cooker. Ikuti Resepi Ini.

Pulut kuning yang lembut, sedap dan cukup lemaknya memang enak. Namun tak ramai yang mahir dalam
memasak hidangan ini. Sesekali teringin nak makan bersama rendang, macam tak berbaloi untuk tempah.
Jadi jom belajar masak Pulut Kuning ikut resipi yang dikongsi oleh Resepikini.com. Memang mudah, hanya menggunakan rice cooker sahaja!

Bahan-bahan Diperlukan :

  • Beras pulut
  • Kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masa
  • Santan
  • Daun pandan

Cara Cara :

  1. Basuh 300g beras pulut & toskan air.
  2. Masukkan 1 sudu kecik serbuk kunyit, 1/2 sudu kecik garam, 2 sudu makan gula dan 2 sudu makan minyak masak
  3. Masukkan air sehingga paras pulut. Potong daun pandan & masukkan ke dalam periuk bersama beras pulut.
  4. Masak menggunakan rice cooker. Macam masak nasi tu lebih kurang 10 minit
  5. Kemudian, masukkan santan daripada 1/2 biji kelapa (anggaran 200ml-250ml) sambil dikacau sehingga sebati.
  6. Apabila pulut nampak agak basah, berhenti masukkan santan dan tak perlu habiskan semua santan tu. Biarkan 5 minit supaya pulut menyerap santan.
  7. Switch on rice cooker lagi sekali. Tekan warm sahaja. Biarkan pulut masak & berkilat lebih kurang 10 minit.

SELAMAT MENCUBA 🙂