Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Ratah Pun Sedap. Kerabu Taugeh Kacang Botol, Tak Payah Nasi Pun Boleh Habis.

Ratah Pun Sedap. Kerabu Taugeh Kacang Botol, Tak Payah Nasi Pun Boleh Habis.

Jiran sebelah berikan seplastik besar kacang botol. Kacang botol ni makan mentah pun sedap. Tapi kalau banyak-banyak macam ni, tak larat pula nak makan macam tu je. Elok juga buat kerabu, boleh ratah-ratah. Kenyang pun kenyang. Eh, macam diet pulak.

Nak buat kerabu taugeh kacang botol juga? Ini resepi nya.

Ratah Pun Sedap. Kerabu Taugeh Kacang Botol, Tak Payah Nasi Pun Boleh Habis. (1)

Resepi Kerabu Taugeh Kacang Botol

Bahan-Bahan

  • 2 cawan taugeh
  • 5 batang kacang botol
  • 1 biji bawang besar – boleh dikurangkn
  • 1 biji cili merah
  • 1/2 cawan udang kering
  • 1 cawan isi kerang rebus
  • Jus limau nipis
  • Sedikit belacan
  • Kerisik secukupnya
  • Garam & gula secukup rasa
  • Tambah cili padi jika sukakan pedas

kerabu

kacang botol

kerisik

Cara-Cara Penyediaan

      • Bersihkan kacang botol dan potong nipis.
      • Kemudian bersihkan taugeh dan celur dalam air panas selama 5 saat.
      • Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan sebentar.
      • Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat.
      • Perah limau nipis dan ambil jusnya.
      • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
      • Jika ada bahan terkurang boleh ditambah mengikut citarasa.

kerabu tauge kacang btol siap

Kerabu taugeh kacang botol siap. Sedia untuk dihidangkan.

Eh, dah siap? Mudah dan cepatkan. Apalagi, jom kita cuba untuk makan tengahari.

Selamat mencuba.