Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Rendang Ayam Cili Padi. Yang Suka Pedas Pasti Suka Masakan Ini.

Rendang Ayam Cili Padi. Yang Suka Pedas Pasti Suka Masakan Ini.

Rendang selalunya dihidang pada masa raya aidil fitri mahupun aidil adha. Rendang dihidang bersama nasi impit mahupun lemang. Bahan yang biasa direndang ialah daging mahupun ayam
dengan pelbagai resepi masakan rendang yang sedap. Kalini Rasakini.com kongsikan cara masak rendang berbeza dari rendang biasa iaitu Rendang Ayam Cili Api. Yang suka pedas pasti sukakan resepi ini.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 8 ketul ayam
  • 3 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1/2 inci kunyit*
  • 3 batang serai*
  • 20 biji cili padi* (sy letak lebih rasanya) kisar bahan bertanda *
  • 1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
  • 1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
  • Santan dari sebiji kelapa
  • Daun kunyit (hiris halus)
  • 1 sudu kecil kerisik
  • Gula melaka
  • Garam
  • Air asam jawa

Cara Cara :

  1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
  2. Masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
  3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
  4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak leh tambah air dan biarkan kering semua

SELAMAT MENCUBA 🙂