Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Air Telang Lemon, Minuman Yang Menyejukkan & Menyihatkan Badan.

Khasiat air bunga telang memang banyak. Bunga Telang merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain, tiang, pagar atau kayu sokongan. Jika di Kelantan, bunga ini juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Bunga Telang atau nama saintifiknya, Clitoria ternatea selain sering digunakan dalam masakan dan minuman juga punya banyak manfaat kesihatan. Berikut merupakan resepi air telang Lemon.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • Bunga telang
  • Biji selasih
  • Lemon
  • Air
  • Ais

 

Cara Cara :

  1. Didihkan air bersama bunga telang sehingga bunga kuncup dan tiada kelihatan.
  2. Rendam biji selasih dalam air panas pada bekas yang lain sehingga kembang.
  3. Bancuh air bunga telang dengan gula secukup rasa.
  4. Masukkan biji selasih dan perahan lemon pada bancuhan air bunga telang.
  5. Hias dan hidang bersama ais.

TIPS!
– Bunga telang digunakan lebih kepada untuk menghasilkan ekstrak pewarna.
– Perahan lemon (food acid) akan mengubah warna biru diraja telang kepada ungu.
– Jika berhajat untuk mengekalkan warna biru diraja telang, jangan perah buah lemon atau limau.
– jangan salah pilih bunga. Bunga telang adalah sejenis bunga edible (boleh dimakan) sementara bunga seri pagi bijinya beracun.

RASA
– Bunga telang ni tiada rasa. More too ekstrak warna.
– Jadi kita yang akan perasakannya sendiri ikut selera abang-abang.
– Lemon, serai wangi, laici,madu, soda antara pilihan yang sesuai ditambah dalam air sebagai perasa. (Dalam contoh ni saya guna Lemon kerana itu saja ada di rumah malas nak cari yang lain)

SELAMAT MENCUBA 🙂