Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Apam Balik Sedap & Gebu. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi.

Apam Balik adalah sejenis kuih tradisi Malaysia, Indonesia dan Singapura. Ia sesuai dijamah pada waktu pagi dan petang secara santai. Sekarang, terdapat pelbagai perisa Apam Balik seperti coklat, vanilla dan strawbery. Namun tidak dapat menandingi perisa asli Apam Balik tersebut. Begini cara cara untuk membuat Apam Balik Gebuuu.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1 ½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles

Bahan tabur:

  • Kacang tanah – goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
  • Jagung manis dalam tin
  • Gula halus
  • Marjerin

Cara Cara Memasak:

  1. Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
  3. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
  4. Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat ‘non stick pan’).
  5. Tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.
  6. Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan majerin.

 

SELAMAT MENCUBA 🙂