Banyak-banyak cookies rasanya Macadamia Chocolate Cookies nii paling sedap. Kenapa saya kata ianya sedap, ini kerana cookies ini menggunakan kekacang yang mahal. Macadamia rasanya yang lemak membuat kita meminta lagi dan lagi. Namun untuk membeli dalam kuantiti yang banyak kekadang kering poket juga. Apa kata kita cuba buatnya sendiri pasti puas makan.
Bahan-bahan Diperlukan :
DOH VANILA :
100g mentega
65g gula kastor
1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
220g tepung kek, ayak
1 sudu kecil esen vanilla
DOH COKLAT :
100g mentega
65g gula kastor
1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
190g tepung kek
30g serbuk koko
1/2 sudu kecil esen vanilla
Cara Cara :
- BAGI DOH VANILA :
- Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
- Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
- Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut.
- Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
- Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.
- BAGI DOH COKLAT :
- Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
- Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
- Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut.
- Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
- Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.
- BAGI BISKUT DAM:
- Susun kepingan doh vanilla-coklat-vanilla.
- Susun kepingan coklat-vanilla-coklat.
- Sejukkan kembali di dalam freezer selama 30 minit. Keluarkan dan potong doh yang disusun tadi doh setebal 1 cm. Pastikan potong dengan sama rata.
- Ambil 3 keping doh yang dipotong tadi dan susun bertindan secara berselang seli. Anda akan dapat hasilkan 4 batang panjang doh biskut dam.
- Sejukkan sekali lagi selama 10 minit dan keluarkan untuk dipotong setebal 1 cm.
- Susun di atas dulang pembakar yang telah digris dan dilapik dengan kertas parchment.
- Panaskan oven pada suhu 150°C. Bakar biskut selama 15-20 minit.
*Bancuhan doh biskut ini sangat lembut, dan tujuan penyejukkan ialah supaya doh rehat dan senang dibentuk. Apabila dalam keadaan sejuk, potongan biskut dan akan menjadi cantik dan tepat.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply