Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Biskut Florentine Dan Tips Untuk Elak Lekat

Rasa biskut florentine memang rangup disebabkan penggunaan kekacang yang terdiri dari pelbagai jenis
memang memberikan rasa yang buatkan tangan sentiasa mengambilnya. Untuk hari ini Resepikini.com nak berikan resepinya. Memang senang dan berbaloi lah untuk anda cuba di rumah.Oleh sebab biskut florentine ini menggunakan tepung nya tersendiri dan tidak menggunakan sebarang cecair
lain,masalah yang anda akan hadapi adalah MELEKAT. Macam mana tak nak bagi biskut florentine melekat selepas dibakar ? Ada dua tips yang kami sertakan.

Tips pertama dan paling mudah, anda bakar adunan biskut raya mewah ini dalam loyang acuan non stick.
Selepas siap dibakar, cuma sejukkan dan tolak.Akan keluar tanpa segan silu.
Kedua, walaupun anda gunakan parchment paper, masih melekat juga dasar biskut pada kertas dan
mengakibatkan sesetengah melekat. Jadi apa perlu buat ?

 

Bahan-bahan Diperlukan :

  • Kacang-kacang ikut suka – dibakar atau doreng tanpa minya selama 15-20 minit
  • Bahan kacang-kacang – campur semua 800g
  • Sedikit garam
  • Telur putih gred A – 80g
  • Madu – 50g

Cara Cara :

  1. Satukan garam, telur putih dan madu di dalam mangkuk.
  2. Kemudian masukkan kacang-kacang. Gaul rata sehingga kacang disaluti telur putih.
  3. Letakkan baking paper di atas dulang pembakar.
  4. Tekan kacang dengan kuat menggunakan bekas cup kek atau acuan bakar.
  5. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 140-150 celcius.
  6. Bila dah masak, keluarkan dan tunggu betul-betul sejuk. Kemudian bakar sekali lagi selama 10 minit supaya lebih rangup.
  7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA 🙂