Biskut Makmor adalah antara satu biskut yang paling di gemari oleh masyarakat Malaysia. Biskut makmor sangat sedap dan antara yang ‘hot’ juga. biskut ini sangat sedap sebab ianya menggunakan kacang tanah yang di kidar bersama gula icing untuk menambahkan lagi rasa lemak pada biskut ini. Yang paling saya suka dari resepi ini adalah sangat mudah kerana tak perlu bakar banyak
masa.
Bahan-bahan Diperlukan:
- 250gm tepung gandum
- 50gm gula aising
- 1/2 tin kecil minyak sapi
BAHAN INTI:
- 100gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak
- 65gm gula aising
BAHAN SALUTAN:
- Gula aising secukupnya
Cara Cara :
- Masukkan tepung ke dalam kuali. Sangai seketika kemudian ayak bersama gula aising.
- Gaul campuran tepung bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang
lembut dan boleh diuli. - Bagi menyediakan inti, kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula aising.
- Ambil doh, leperkan dan sudukan inti kacang di tengahnya. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.
- Susun biskut di atas loyang dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
- Sejukkan biskut seketika dan salutkan dengan gula aising.
- Sedia untuk dinikmati.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply