Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Blueberry Cheesecake Yang Gebu Dan Lembut.

Kek Coklat Moist & Kek Cheese antara yang selalu menjadi kegemaran pelbagai lapisan masyarakat. Jika terasa ingin makan kek pasti terbayang dua jenis kek ini sahaja kan? Apa kata sesekali kita cuba tukarkan menu kepada Blueberry Cheesecake ini pulak. Rasanya juga sangat sedap, terasa masam manis bluueberry digabungkan pulak dengan kelemakan cream cheesenya pula lagi bertambah sedap. Cara untuk membuatnya juga sangat senang. Mari kita ikuti resepi yang Rasakini.com kongsikan

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 110g Butter |di cair kan
  • 200g biskut oreo | guna biskut marie pun boleh

Cara-caranya

  1. Gaulkan biskut yang telah di pecahkan bersama butter dan masukkan ke dalam
    loyang.
  2. Tekan-tekan dan ketepikan.

FILLING
Bahan-bahan:

  • 500g Cream Cheese
  • 30g butter
  • 100g gula kastor
  • 30g tepung jagung
  • 200ml whipping cream
  • 4 biji telur

 

Cara Cara :

  1. Mix bahan-bahan Filling sampai sebati. Tuangkan dalam loyang yang ada base
    biskut tadi.
  2. Waterbath( bakar secara kukus letak loyang cheese dalam dulang berisi air panas
    dan masukkan dalam oven )
  3. Bakar dlm 1jam ,160°c atau bergantung pada oven masing-masing.
  4. Lepas sudah masak biarkan dalam 15 minit dalam oven dan dalam keadaan pintu
    terbuka. Lepas tu baru keluar kan dan sejukkan dalam freezer.
    **Topping tu terpulang anda nak buat strawberry, chocolate atau apa-apa sahaja yang
    korang suka

SELAMAT MENCUBA 🙂