Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Burger Malaysia Isi Padat, Sedap & Memikat. Buat Sendiri Lagi Puas Makan

Hari ini Resepikini.com mahu kongsikan resepi pau sambal ni.Tengok pun dah tahu kan, memang gebu gebas sungguh. Motel, cantik bulat-bulat. Diisi pula dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun, memang sedap gandingannya. Boleh anda cuba buat nanti. Kalau nak buat pau sambal frozen pun boleh ikut cara ni. Tetap lembut lepas simpan lama.

Bahan-bahan Diperlukan :

Untuk sambal :

  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan (bakar)
  • 10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus)
  • ½ cawan ikan bilis
  • 2 sudu makan gula merah
  • ½ cawan jus asam jawa
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh garam

Untuk doh:

  • 250g tepung gandum
  • 120ml susu/ air
  • 2 sudu besar margerin
  • 2 ½ sudu besar gula halus
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu teh yis
  • ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng )
  • ½ biji timun ( dipotong nipis)

 

Cara Cara :

  1. Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis, goreng hingga kekuning­ kuningan.
  2. Masukkan bawang dan cili yang telah dikisar. Gaul rata dan biarkan menggelegak.
  3. Masukkan gula merah, gula pasir dan garam.
  4. Gaul rata dan biarkan menggelegak seketika.
  5. Angkat dan ketepikan.

Untuk kuih:

  1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan 1 hingga 6.
  2. Uli doh sehingga tak melekat. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
  3. Tumbuk­ tumbuk doh tadi dan bahagikan kepada 8 bahagian.
  4. Buat bentuk bulat. Biarkan naik 2 kali ganda lagi.
  5. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  6. Goreng doh dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
  7. Angkat dan tos
  8. Belah 2 doh (jangan sampai terputus).
  9. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun.
  10. Sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA 🙂