Bagi peminat kek cheese, Basque Burnt Cheese Cake antara kek sedap yang mesti kena cuba! Kek ini memang agak mahal jika dibeli, memandangkan mempunyai kandungan keju yang banyak. Namun sebenarnya tak susah nak buat Basque Burnt Cheese Cake hanya guna 6 bahan je. Malah lebih menarik, resipi ini cukup mudah hanya menggunakan air fryer sahaja! Mari kita lihat cara-caranya.
Bahan-bahan Diperlukan :
250g Cream cheese
200g whipping cream
3 biji telur
1 penutup esen vanilla
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
Cara Cara :
- Blend sampai semua adunan sebati
- Kalau anda guna loyang boleh sapu mentega untuk elak melekat
- Bakar guna Air Fryer pada Suhu 180 celcius selama 25 minit.
- Boleh adjust masa juga tengok pada nak burnt macam mana.
- Boleh hias dengan buah-buahan untuk lebih menarik.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply