Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Campak-Campak. Mengandungi Zat Dan Vitamin Yang Badan Perlukan.

Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat kita haruslah menjaga pemakanan kita. Apa yang kita makan itu haruslah dapat memberi zat zat serta vitamin vitamin yang badan kita perlukan. Diet bukan lah jaminan untuk mendapat tubuh badan yang sihat, tetapi apa yang kita makan juga harus kita titik beratkan. Pernah dengar tak orang cakap pasal hidangan sepinggan lengkap? Mesti ada yang pernah dengar and ada yang tak pernah dengar kan. Maksud hidangan lengkap ialah satu hidangan yang mempunyai keseimbangan nutrien dan zat yang diperlukan oleh badan.Sayur campur merupakan sayur yang sesuai sangat kerana mengandung pelbagai zat dari sayuran tersebut. Jom kita belajar cara buat sayur campur yang mudah.

 

Bahan-bahan Diperlukan:

  • seikat kacang buncis (atau 12 btg)
  • 1 batang carrot
  • Bunga kobis
  • 2 biji Tauhu. 1 biji dipotong 9
  • 5 ekor Udang size M

Bahan-bahan untuk ditumbuk :

  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • 7 tangkai cili merah/api
  • 1 genggam ikan bilis
  • 2 cm belacan
  • Gula 1/2 sudu teh

Bahan-bahan untuk memasak :

  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu teh perasa ayam maggie
  • 1 sudu teh perasa ikan bilis maggie
  • 1 senduk minyak masak

 

 

Cara-Caranya Memasaknya:

  1. Tumbuk semua bahan yang perlu ditumbuk seperti yang disenaraikan.
  2. Goreng tauhu (tak perlu garing sgt) dan ketepikan
  3. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yangg ditumbuk hingga naik bau. Masukkan semua sayur-sayur.
  4. Jika perlu, campurkan 4 sudu air, tambahkan garam, sos tiram, perasa ayam dan ikan bilis.
  5. Tutup kuali dengan penutup.
  6. Biarkan kira-kira 5 minit sehingga sayur jadi ’empuk’. masukkan udang dan tauhu yang telah digoreng tadi.
  7. Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba.

SELAMAT MENCUBA 🙂