Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Daging Goreng Thai Style, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

Sedang mencari resepi Daging Goreng Macam Dinegara Thailand? Ok sebenarnya untuk membuat daging ala-ala orang Thailand sangat mudah seperti petik jari sahaja.

Anda boleh rujuk resepi daging goreng Thai style di bawah. Pasti puas hati

Bahan-bahan Diperlukan:

  • (A) DAGING 800 g.
    -Biji Ketumbar 5 sudu di kisar atau ditumbuk
    -Bawang Putih 4 ulas ditumbuk atau dihiris halus
    -Lada Hitam 1 sudu besaf dikisar/ditumbuk
    -Sos Tiram 2 sudu besar
    -Garam secukup rasa
    -Butter atau majerin untuk menumis

( Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter dan bawang putih). Perap 30 minit atau 2 jam

  • (B) Bahan-bahan untuk sos:

-Serbuk cili thai
-Gula kabung atau somtam jika tiada pakai gula putih 2 sudu
– 2 sudu Beras digoreng atau disangai di kisar halus
-Air Limau Nipis 2 sudu
-Air Asam Jawa 3 Sudh
-Kicap sotong atau sos ikan
-bawang kecik merah 3 ulas di hiris nipis
-Daun ketumbar dan dah bawang

Cara Menyediakan dan Memasak:

  1. Bersih daging. Potong kecil-kecil dan perap dengan bahan A.
  2. Tumis butter dan Bawang sehingga bawang kekuning-kuningan dan seterusnya masukkan daging.
  3. Setelah masukkan daging tambahkan sedikit air dan biarkan daging empuk.
  4. Seterusnya apabila daging sudah empuk, masukkan bahan-bahan B secara berperingkat dan biarkan mendidih.
  5. Akhir sekali, hias daun ketumbar dan bawang diatas daging yang sudah masak. Siap untuk dihidang.