Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi dan Tips Penyimpanan Kek Oren Gebu dan Moist Menggunakan Blender. Ikuti Resepi Ini.

Teringin nak baking kek? Paling mudah Resepikini.com kongsikan resipi kek oren , ringkas penyediaannya hanya
menggunakan blender untuk blend semua bahan. Resipi kek oren lembap ini boleh dimasak dengan dua cara sama ada kukus ataupun boleh juga dibakar. Enak dimakan panas-panas lagi, anak-anak pun makan bertambah sedap.

Sedikit tip ingin dikongsi ialah cara penyimpanan kek supaya tahun lebih lama disebabkan kek ni tiada bahan pengawet, jadi anda kena simpan dalam bekas tupperware yang kedap udara dan simpannya di dalam peti ais.
Oppss lupa pula,  untuk pastikan kek sudah masak atau tidak caranya cucuk lidi atau buluh dalam kek dan keluarkan jika ia tidak melekat tandanya kek anda sudah masak.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • * 1 biji oren Sunkist – belah, buang putih kat tgh2 & potong kecik2 termasuk kulit.
  • * 1 cawan minyak masak
  • * 1 cawan gula
  • * 3 biji telur
  • * Sedikit pewarna kuning
  • * Sedikit esen oren
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Cara Cara :

  1. Blender semua bahan2 yang bertanda * sampai halus.
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder & soda bikarbonat.
  3. Campurkan bahan2 yang sudah diblend tadi dengan tepung.
  4. Gaul dengan senduk sehingga tepung tadi x berketul2.
  5. Panaskan oven dengan suhu 170C – api atas bawah.
  6. Bakar dalam loyang yg dah dilapik kertas minyak & digris selama 30 – 35 minit.

SELAMAT MENCUBA 🙂