Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Gulai Telur Ikan Tenggiri dengan Belimbing Buluh. Pasti bertambah 2 3 Pinggan Nasi!

Siapa kat sini peminat telur ikan? Mesti bosan kan bila asyik goreng sahaja kan? Apa kata kita cuba kelainan dengan masak gulai telur ikan dengan belimbing buluh. Cukup sahaja dengan nasi panas pasti bertambah 2 3 pinggan. Mari kita lihat bahan-bahan dan resepinya.

Bahan-bahan Diperlukan :

Bahan A

  • 1 biji bawang besar
  • 10-15 biji cili padi (boleh tambah jika suka pedas)
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup

Bahan B

  • 400 ml santan (saya gunakan santan kotak)
  • 300 ml air tapis
  • 1 batang serai (dititik)

Bahan C

  • 500 gram telur ikan tenggiri
  • 1 keping asam gelugur
  • 7-8 biji belimbing buluh (saya gunakan yang sudah dijeruk)
  • 1 helai daun kunyit (disiat-siat)
  • 1 sudu garam halus
  • 1/2 sudu serbuk perasa

Cara Cara :

  1. Telur ikan tenggiri dicuci bersih dan tuskan. Asingkan bahan A, B dan C.
  2. Kisar semua bahan A. Masukkan ke dalam periuk. Satukan bersama bahan B iaitu serai, santan dan tambahan air tapis.
  3. Didihkan kuah dengan api sederhana. Kerap kacau kuah bagi mengelakkan santan pecah minyak dan berkepala.
  4. Akhir sekali, masukkan kesemua bahan C sambil sesekali kacau perlahan-lahan hingga masak. Perasakan secukupnya dan matikan api.

SELAMAT MENCUBA 🙂