Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Ikan Masak Asam Cara Utara. Nampak Simple Tapi Boleh Membuatkan Anda Tambah Nasi 2-3 Kali!

Pernahkah anda mendengar Ikan Masak Asam? Orang utara sangat menggemarinya, nampak simple tapi silap-silap boleh tambah 2-3  pinggan nasi! Yang paling bestnya, masak asam ini boleh digandingkan dengan pelbagai bahan seperti ikan,daging, ayam dan lain-lain. Mari kita cuba resepi ikan masak asam ini, mana tahu anda juga akan menggemarinya nanti.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • Ikan isi siap digoreng (Jangan sampai garing)
  • Bawang besar 2biji*
  • Bawang putih 4ulas*
  • Cili besar*
  • Cili api*
  • Biji sawi*
  • Halia*
  • Air asam
  • Cuka 2 sudu mkn
  • Air
  • Garam perasa dan gula bagi lebih
  • Timun

Cara Cara:

  1. Panaskan lebihan minyak kemudian masukkan bertanda *. Tumis sehingga wangi
  2. Kemudian masukkan ke semua bahan kecuali ikan. Tunggu sehingga mendidih.
  3. Apabila bahan yang ditumis dah mendidih masukkan ikan. Pastikan rasa semua ada masam dan manis.
  4. Siap untuk dihidang dan makan dengan nasi panas-panas


SELAMAT MENCUBA 🙂