Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Ikan Siakap Sweet And Sour. Mudah Dan Cepat Siap.

Ikan siakap adalah hidangan yang agak terkenal dalam kalangan masyarakat kita. Pelbagai resepi boleh digunakan untuk memasaknya. Lazimnya,ikan siakap yang paling ‘win’ dimasak ialah Siakap Sweet Sour.  Hari ini Resepikini.com  ingin berkongsi dengan anda  resepi siakap sweet sour ala Thai.

Bahan-bahan Diperlukan:

Ikan siakap- gaul garam kunyit dan sedikit tepung jagung- goreng
3 ulas bawang putih- mayang halus
1 biji bawang besar- mayang kasar
1 inci halia- mayang halus
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos cili masam manis thai (botol warna putih merah)
Sedikit sos tiram
Lada benggala merah dan hijau-dadu
Nenas- dadu
Garam secukup kalau masih tawar

Cara Cara:

  1. Tumis bahan yg dimayang sampai wangi dgn sedikit minyak.
  2. Kemudian masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan lada benggala dan nenas.
  4. Dah secukup rasa masam manis. Tutup api.
  5. Tuang sos ke atas ikan. Siap

SELAMAT MENCUBA 🙂