Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Kacang Pool Sedap & Mudah. Sama Rasanya Seperti Di Johor!

Sebut saja roti kacang pool pasti akan terbayang keenakan kacang pool Johor kan? Mana tidaknya, Kacang pool merupakan sebuah hidangan ismewa yang lazimnya hanya ada di Johor dan Singapura. Perkataan “pool” di sini bukan bererti “kolam”. Ia diadaptasi dari perkataan Arab “fhoul” iaitu kacang parang yang merupakan ramuan utama hidangan ini. Hidangan ini sememangnya berasal dari makanan orang Arab. Tetapi, ia telah disesuaikan dengan citarasa penduduk tempatan.

Disajikan bersama roti bakar tebal yang lembut, kuah kacang pool turut mengandungi daging kisar, bawang potong, cili potong dan telur goyang mata kerbau. Berikut merupakan resepinya.

 

Bahan-bahan Diperlukan :

Bahan-Bahan Kisar:

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • Sedikit Halia ( jika letak daging cincang )

Bahan-Bahan Lain:

  • 4 Tin Kacang Pool ( 3 tin dikisar, 1 tin diramas-ramas )
  • 1-2 Sudu Makan Rempah Kari Daging
  • 2-3 Sudu Makan Serbuk Jintan Kasar
  • 1-1.5 Sudu Makan Serbuk Jintan Putih
  • 1-1.5 Sudu Makan Serbuk Ketumbar
  • 1 Sudu Makan Lada Sulah
  • 1 paket Daging Cincang ( optional, nak letak boleh, taknak pun boleh )
  • 2 Sudu Minyak Sapi

Bahan-Bahan Taburan Atas:

  • Bawang Besar ( dipotong dadu kecil )
  • Lada Hijau ( dihiris-hiris)
  • Limau Kasturi
  • Telur Goreng Mata Lembu

Cara Cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan serbuk jintan putih, ketumbar, jintan kasar, rempah kari, dan lada sulah/hitam.
  2. Tumis sehingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging cincang. Gaul sebati.
  4. Kemudian, masukkan kacang pool dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan sedikit minyak sapi.
  6. Sedia untuk dihidangkan bersama bahan-bahan taburan atas.

SELAMAT MENCUBA 🙂