Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Kari Kepala Ikan Yang Sedap dan Berbaloi. Buat Dirumah Jimat.

Kari kepala ikan adalah hidangan popular di kalangan rakyat Malaysia dan Singapura dan pelancong
di sana, walaupun ia biasanya dikategorikan sebagai hidangan penjaja yang murah, Kari kepala ikan yang
dihidangkan dalam periuk tanah berharga biasanya antara $20-40 (RM 40-100) dan antara yang terbaik boleh
didapati di pusat-pusat penjaja dan gerai-gerai makanan di kawasan kejiranan. Sesekali makan boleh dikatakan berbaloi, tetapi jika seminggu 2-3 kali makan boleh rabak juga poket. Mari kita belajar cara-cara memasak Kari kepala ikan ala mamak, sangat mudah dan dapat menjimatkan wang anda.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 1 ekor ikan merah – berat 1 kg
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 peket rempah kari ikan
  • 5 cawan santan – boleh tambah
  • Kacang bendi & terung
  • 2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

Cara Cara Memasak:

  1. – Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari.
  2. Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air kemudian tumis di dalam periuk .
  3. Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit .
  4. Jika rempah nampak kering tambah sedikit minyak masak , kacau sampai rempah masak dan terbit minyak , bau harum
  5. Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan , asam keping dan kacau .
  6. Biar mendidih dan masukkan ikan merah dan garam kemudian kacau .
  7. Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera.
  8. Bila ikan sudah masak boleh la dimasukkan semua kacang bendi atau terung dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra biarkan kuah mendidih seketika dan boleh la ditutup api dapur .
  9. Tutup periuk dengan tudung periuk supaya kacang bendi terus masak didalam wap panas kuah kari.

SELAMAT MENCUBA 🙂