Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Kebab Homemade. Buat Sendiri Puas Makan

Rata-rata rakyat Malaysia pasti biasa menikmati kebab sama ada kebab inti daging atapun kebab ayam ala Pakistan. Namun, Sebiji rasanya pasti tidak puas bukan? Apa kata mari kita belajar cara membuat Kebab Homemade. Puas makan dan boleh dimakan bila-bila masa sahaja tanpa perlu membelinya dikedai.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • Daging burger Ramli
  •  Sos tomato
  •  Sos cili
  •  Sos tiram, sedikit rempah kari daging (optional)
  •  Carot
  •  Timun
  •  Bawang besar
  •  Tomato
  •  Roti pita
  •  Mayonis
  •  Kobis/salad (diracik nipis, optional)

 

Cara Cara:

  1. Guna sebungkus daging burger Ramli.
  2. Panaskan dalam microwave kejap pastu potong dadu .
  3. Potong dadu carot, timun, bawang besar. Letak tomato lagi sedap.
  4. Jangan lupa sos ini & sedikit rempah kari daging ye ( tak suka tak payah letak).
  5. Panaskan bahan potong tadi.
  6. Letak butter ciket pon ok nanti dah masuk daging tu mesti minyak daging keluar.
  7. Setelah layu sikit bahan tumis tadi masukkan daging burgerr bersama rempah kari (optional )
  8.  Masukkan ketiga-tiga sos tadi dan gaul rata.
  9. Setelah sebati masukkan sedikit garam jer.
  10. Sediakan roti pita dan mayonis.
  11. Roti pita tu kasi potong dua ye.
  12. Roti gardenia pun boleh.
  13. Sapukan disekeliling dalam roti pita dgn mayonis.
  14. Isikan inti tadi separuh dalam roti pita kemudian sapukan sikit mayonis di atasnya kemudian penuhkan lagi dengan inti.
  15. Sapukan mayonis diatas skali bersama dgn cili sos.

SELAMAT MENCUBA 🙂