Bila tiba hari raya, hidangan lemang dan ketupat palas semestinya antara menu yang wajib ada. Tanpa hidangan ni, rasa tak lengkap raya. Namun untuk masak ketupat yang rasanya sedap seperti ibu-ibu kita dikampung pasti kita tidak yakin akan jadi bukan? Disini Resepikini.com kongsikan cara buat Ketupat Palas seperti dikampung.
Bahan-bahan Diperlukan :
- Beras pulut 2 1/2 Kilo rendam 2 jam
- Santan 1 kg
- Pulut hitam sedikit – rebus hingga masak
- Kacang ketupat – rebus hingga masak
- Garam
Gula
Cara Cara :
- Gaul beras pulut bersama pulut hitam. Selepas itu kukus sehingga masak.
- Angkat masuk ke dalam bekas, kemudian gaul bersama santan yang telah dicampur dengan garam. (sukatan garam agak-agak jangan masin sangat).
- Kemudian kukus sekali lagi sehingga masak.
- Angkat masuk dalam bekas dan gaul bersama gula hingga sebati. (sukatan gula ikut selera masing-masing tapi tak sampai sekilo).
- Setelah sebati baru masukkan kacang ketupat yang telah direbus tadi.
- Bungkus dengan daun palas kemudian kukus sekali lagi sehingga daun bertukar warna
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply