Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak. Ada Rempah Rahsia Ke Yang Sedap Sangat Tu?

Bagi Peminat Nasi Kandar Mamak mesti tidak lengkap hidangan jika tidak ditambah kobis goreng selain telur masinnya kan? Tertanya-tanya jugak bagaimana mereka masak kobis berkenaan? Adakah mereka menggunakan rempah yang diimport dari negara mereka?. Disini saya kongsikan resepinya tidak perlu rempah rahsia apa pun.

Bahan-Bahan

  • 1 1/2 biji sayur kobis, hiris kasar
  • 1/2 batang karot, potong halus memanjang
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 2-3 tangkai daun kari
  • cili kering dan cili hidup
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • garam dan gula secukup rasa

 

Bahan-bahan parut halus (menjadi pes):

  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

 

Cara Penyediaan

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan parut halus bersama biji sawi.
  2. Apabila bahan tumis sudah kekuningan dan biji sawi sudah mula meletup kecil, masukkan daun kari, cili
  3. kering dan cili hidup kemudian kacau sehingga naik bau.
  4. Masukkan pula kobis dan kunyit. Masak kobis sampai layu dan perasakan dengan garam serta gula secukuprasa. Tuang sedikit air supaya semua bahan bergaul sebati.

Tips:
Sayur ni sedap jika kobis nya dimasak sehingga lembut dan layu. Saya lebih suka gunakan kobis Cameron berbanding Kobis Beijing yang nipis.