Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Kuah Kacang Simple, Rasa Lemak dan Bahan Kisarnya Cukup Istimewa

Resepi Kuah Kacang Simple, Rasa Lemak dan Bahan Kisarnya Cukup Istimewa

Kuah kacang adalah salah satu menu kegemaran ramai dan sedap dimakan dengan nasi impit, ketupat, satay dan pelbagai. Nak buat kuah kacang yang sedap ada cara dan resepinya yang tersendiri. Kuah kacang yang sedap haruslah mempunyai rasa pedas, lemak, masin dan manis yang secukupnya. Bagi tekstur pula, kacang tanah dikisar kasar dan minyaknya pecah dan terapung elok di dalam kuah menandakan kuah dimasak dengan masa yang secukupnya dan bakal tahan lama jika disimpan.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 6 btg serai
  • 6 ulas Bawang putih
  • 10 biji Bawang Kecil
  • 1 inch halia
  • 1/2 inch lengkuas
  • 15 tangkai cili kering
    ( bahan di atas goreng dahulu dgn minyak masak sehingga wangi ) blend lumat
  • 1/2 cwn air Asam jawa
  • 5 tbsp Gula putih
  • 2 keping gula kabong
  • 500 Gm kacang ( sangai buang Kulit)
  • 1 cup susu cair
  • 4 se Kawan ( sedikit shj kasi harum )
  • 1 inch belacan basah (blend)
  • 1 tbsp kerisik
  • 3 tbsp Garam
  • 1 tbsp Ajinomoto

 

Cara Cara :

  1. Tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau
  2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain, kacang tanah, serai, lengkuas, cili kisar, udang kering dan air asam jawa.Kemudian tambah sedikit air.
  3. Biarkan mendidih sehingga agak-agak pekat (sambil tu kacau selalu untuk elak hangus bahagian bawah).
  4. Kecilkan api, renihkan kuah sehingga naik minyak sambil kacau sesekali.Tips: Kacang yang dah digoreng, dikisar dengan air. Ia bagi memudahkan sewaktu memasak kuah kacang dan hanya perlu tambah hanya sedikit
    air sahaja nanti.

    SELAMAT MENCUBA 🙂