Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Lidah Kucing Rainbow Rapuh & Ranggup.

Biskut lidah kucing diketahui berasal dari Indonesia dimana ia telah terkenal di sana beberapa tahun yang
lepas. Ia mempunyai warna yang unik dan ceria yang mampu menarik perhatian terutamanya golongan kanak kanak. Untuk membuat biskut ini, anda perlu menggunakan loyang khas yang berlekuk. Loyang ini didatangkan dalam pelbagai saiz dan bentuk seperti lonjong, bulat dan hati. Ia boleh dibeli di kedai-kedai menjual bahan kek atau kedai loyang.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 250 g butter
  • 150 g gula kastor
  • 1 st esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 st empleks
    (kalau takda guna tepung beras)
  • 3 sb serbuk badam (optional)
  • 3 biji putih telur gred A

Cara Cara :

  1. Ayak tepung gandum,tepung jagung dan empleks.
  2. Putar butter dan gula kastor sehingga kembang,masukkan putih telur sedikit demi sedikit sambil mix.
  3. Masukkan tepung-tepung yang diayak dan juga serbuk badam. Kacau sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa warna kesukaan ke dalam piping bag.
  5. Gunting sikit bhgn hujung piping bag. Pipekan batter/adunan ke atas acuan yang telah digris.

SELAMAT MENCUBA 🙂