Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Mee Goreng Mamak Yang Sangat Sedap Dan Menjilat Jari. Rugi Tak Cuba.

Rakyat Malaysia sangat menggemari masakan mamak. Contohnya Nasi Kandar, Capati dan Mee Goreng Mamak. Memandangkan sekarang perintah kawalan pergerakan di malaysia sedang berkuatkuasa. Semua kedai makan telah diarahkan tutup maka Mee Goreng Mamak pun sudah susah didapati. Maka marilah kita mencuba resepi yang sedap ini.

Bahan-Bahan

  1. Mee kuning 1 bungkus
  2. Udang sederhana (buang kulit)
  3. Bawang Putih(hiris)
  4. Bawang Merah(hiris)
  5. Kicap cair & pekat
  6. Sos cili
  7. Sos tiram
  8. Cili Bo
  9. Tauhu(digoreng dahulu)
  10. Kentang(potong dadu & goreng)
  11. Taugeh
  12. Daun Kubis
  13. Tomato
  14. 3 biji telur(pecah & kacau)
  15. Fish cake(hiris)
  16. Cili(hiris)
  17. Serbuk perasa Knorr/Maggi

 

Cara Penyediaan

  1. Pertama kali, tumis bawang putih, bawang merah dan cili bo sehingga naik minyak.
  2. Kemudian tambah sos cili, sos tiram, kicap pekat dan biarkan masak sekejap.
  3. Kemudian masukkan udang, fish cake, tauhu,  kentang dan daun kubis.
  4. Tolak bahan ke tepi dan masukkan telur yg dikacau dan gaul sehingga telur masak sedikit.
  5. Kemudian masukkan mee, gaul sebati.
  6. Akhir sekali masukkan tomato, taugeh  dan cili.
  7. Perasakan dengan serbuk perasa & kicap cair jika perlu.
  8. Hidang bersama perahan limau kasturi  dan bawang goreng 🙂

Selamat mencuba👨‍🍳👩🏻‍🍳😻