Nasi goreng cina ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu dan Cina yang menjual secara à la carte. Nasi goreng cina adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia. Senang sahaja cara masak nasi goreng cina ini, mari kita belajar.
Bahan-bahan Diperlukan:
- 600 gm nasi sejuk
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 biji telur
- 4 ulas bawang putih, cincang halus
- 100 g isi udang
- 100 ml sayur campur beku
- 2 sudu kecil Maggi CukupRasa™
- ½ sudu kecil minyak bijan
Cara Cara :
- Mula-mula, panaskan minyak memasak di dalam kuali.
- Kemudian, masukkan bawang putih dan isi udang. Tumis sehingga isi udang benar-benar masak.
- Selepas itu, pecahkan sebiji telur di atas kuali dan gaul sekata dan biarkan ia masak bersama bahan-bahan tadi.
- Kemudian barulah masukkan nasi dan digaul bersama-sama dengan bahan-bahan tadi hingga sekata.
- Akhir sekali, masukkan Maggi CukupRasa™, sayur campur beku, minyak bijan dan serbuk lada putih dan goreng kesemua bahan lebih kurang 2 minit.
- Dihidang serta-merta sementara masih panas dan dinikmati sepenuhnya.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply