Hidangan ini dipanggil nasi hujan panas kerana mempunyai warna yang beraneka ragam. Ia terdiri dari tiga
warna iaitu hijau, kuning dan merah. Seperti keadaan cuaca, jika sewaktu panas lalu hujan turun, maka pelangi akan muncul di langit. Oleh itu, nasi ini berwarna sebegitu.
Nasi Hujan Panas sememangnya digemari rakyat Malaysia, ianya sesuai dinikmati bila-bila masa sahaja. Pelbagai jenis lauk juga enak jika dimakan bersama nasi hujan panas ini.
Bahan-bahan Diperlukan:
- 1kg beras basmathi
- 1 tin susu cair
- 1.25 liter air
- 1 s/b chicken stock
- pewarna merah, kuning dan hijau
Bahan Tumis:
- Daun Pandan
- 1cm halia | dihiris
- 1 ulas bawang putih | dihiris
- 2 biji bawang merah | dihiris
- 2 sudu makan marjerin
- 2 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- Sedikit kismis
Cara Cara :
- Cuci beras bersih dan rendamkan selama 1/2 jam. Toskan.
- Panaskan marjerin dan tumiskan kesemua bahan tumis sehingga wangi.
- Kemudian masukkan susu cair, air & chicken stock. Kemudian masukkan beras. Gaul rata.
- Biarkan nasi dimasak sehingga kering seperti biasa.
- Apabila nasi dah hampir masak, letakkan kismis, pewarna merah, kuning dan hijau di atas nasi kemudian tutup tudung periuk lebih kurang 5 minit.
- Matikan api & baru kaub balikkan nasi. Hakak tukar je masuk dlm satu besen besar & gaul dalam tu supaya nasi tak patah dlm proses menukar tu dia akan jadi rata dgn sendirinya semua kaler tu.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply