Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Puding Aiskrim Yang Mudah dan Sedap. Boleh Dijadikan Pencuci Mulut Selepas Makan Tengahari!

kadang – kadang bila tiba musim panas yang melampau tekak rasa kering je walaupun dah bergelen minum air mineral, masih belum dapat menghilangkan dahaga. Sudah cuba makan aiskrim tetapi terasa kering pula kerongkong dek kerana kemanisannya. Jadi apa kata kita cuba kelainan baru pula dengan membuat puding aiskrim.  Mari kita lihat cara-caranya.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 2 s/b serbuk agar-agar [1 bungkus agar-agar panjang tu]
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepung jagung
  • 2 cawan aiskrim (Boleh guna perasa coklat, strawberry n vanilla dan lain-lain)
  • Pewarna

Cara Cara Memasak:

    1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendidih.
    2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
    3. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendidih.
    4. Angkat dari api dan tapiskan dalam mangkuk besar.
    5. Masukkan aiskrim (ikut cita rasa masing-masing) dalam adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.
    6. Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar.
    7. Masukkan pewarna kedalam adunan yg separuh lagi.
    8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yg berwarna purple keatasnya dan sejukkan.
    9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.
    10. Hidangkan sejuk.

SELAMAT MENCUBA 🙂