Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Sambal Ikan Kembung Pasti Sedap.

Selalu kita selalu mendengar sambal ikan pasti terbayang ikan besar-besar bukan? Jangan tak tahu, ikan kembung juga sedap jika dibuat sambal ikan.Tidaklah kita akan berasa jemu jika goreng atau bakar saja. Sambal ikan ini sama sahaja seperti sambal-sambal lain, tetapi rasanya yang ‘ngam’ susah untuk dilupakan. Berikut merupakan cara-caranya.

 

Bahan-bahan Diperlukan:

Bahan untuk perap :

  • 5 ekor ikan [terpulang ikan apa]
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Cili kisar [ikut suka hati jika mahu pedas]
  • sos cili kimball
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula

 

Cara-Caranya:

  1. Goreng ikan terlebih dahulu.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili dan tumiskan hingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air dan sos cili kimball. Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula hingga cukup rasa.
  4. Masukkan bawang yang dipotong2 dan tomato untuk hiasan.
  5.  Masukkan ikan yang telah digoreng dan kacau dan angkat.
  6.  Taburkan daun sup yang dipotong panjang2 sebagai hiasan.
  7.  Sedia dihidang.

SELAMAT MENCUBA 🙂