Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Shushi Homemade Mudah Dan Sangat Sedap. Rugi Tak Cuba.

Sushi adalah makanan Jepun yang terdiri dari nasi yang dibentuk bersama lauk berupa makanan laut, daging, sayuran mentah atau sudah dimasak. Nasi sushi mempunyai rasa masam yang lembut kerana campuran cuka beras, garam, dan gula. Rata-rata rakyat Malaysia menggemari sushi kerana kesedapannya dan kelazatannya tidak dapat ditandingi.

Bahan-bahan Diperlukan:

Bahan Untuk Nasi:

  • 2 cawan beras sushi
  • 3 cawan air untuk masak nasi
  • 5 sudu besar cuka sushi
  • Secubit garam dan secubit gula
  • 4 keping seaweed

Bahan Untuk Inti:

  • 1 paket Filamen ketam dicelur
  • 1 biji timun jepun dihiris memanjang
  • 2 biji telur dadar dipotong memanjang

Bahan Untuk Toping:

1 tin tuna dalam minyak dicampurkan dengan 3 sudu besar mayonese.

Bahan Pencicah:

  • Soy sauce for sushi/sashimi
  • Wasabi

Cara Cara :

  1. Masak nasi macam biasa guna rice cooker.
  2. Bila nasi dah masak, pindahkan ke dalam bekas lain.
  3. Kemudian gaulkan dengan cuka sushi, suka masam letak lebih cuka.
  4. Tambah sikit garam dan gula (taknak letak pun sedap juga)
    (Jangan ambil kerak nasi nantit sushi jadi warna perang)
  5. Letakkan seaweed di atas tikar buluh. Rata kan nasi di atas seaweed.
  6. Letak inti. Ikut suka nak inti apa. (Saya guna inti yang kat atas tu jer)
  7. Bolehlah digulung. Mula2 gulung memang tak kemas. Tapi lama2 confirm jadi. (Tengok kat  youtube pun ada cara gulung)
  8. Bolehlah dipotong. Gunakan pisau tajam yg dicelup air untuk dapatkan potongan yang kemas.
  9. Tambah toping yang disukai. Saya suka tuna mayonese.
  10. Siap. (Boleh la makan) Jangan lupa cicah la dengan soy sauce khas untuk sushi dan juga wasabi.

SELAMAT MENCUBA 🙂