Spaghetti Bolognese ialah salah satu masakan tradisional dari Italia. Spaghetti bolognese ialah pasta yang dimakan dengan sos daging. Makanan ini sangat digemari kerana masam daripada tomato yang ada dalam sos daging terasa sangat menusuk di lidah. Anda patut untuk mencuba memasak spaghetti bolognese ini.
Bahan-bahan Diperlukan:
- 1 packet pasta (rebus selama 13 minit)
- ½ biji bawang holland
- ½ packet isi daging hancur
- 1 batang carrot
- 1 botol sos pasta mushroom (adabi)1 botol sos pasta asli (adabi)
- 3-4 sb sos cili
- 1 packet sosej (dihiris)|Sedikit cili padi (dihiris)
- Sedikit blackpapper
- Sedikit air (ikut pekat kuah yang kita nak)
- Sedikit garam (*optional, saya tak letak sebab kuah dia dah cukup rasa)
Cara Menyediakan dan Memasak:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang.
- Masuk daging hancur dan tunggu sehingga empuk.
- Masukkan carrot dan tunggu sehingga empuk.
- Masukkan sos pasta, sos cili, dan sedikit air.
- Masukkan sosej, cili padi dan blackpapper. Tunggu sehingga sos menggelegak.
- Tutup api dan hidangkan bersama pasta.
Leave a Reply