Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Susu Pekat Homemade. Buat Sendiri Lagi Jimat

Pasti ramai antara kita suka minum teh tarik atau kopi susu kan? untuk buat air saja pasti menggunakan setengah tin susu. Apa kata kita buat sendiri susu pekat manis tu. Senang saja sebenarnya nak buat susu pekat manis. Rasa pun sama je dengan yang dibeli. Boleh jimat sikit duit pada zaman serba tinggi kos kan. Mari kita lihat cara-caranya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 cawan gula (saya guna raw sugar dan saya kurangkan sedikit untuk kurangkan manis)
  • 2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)

 

Cara Cara :

  1. Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!
  2. Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender sekejap.
  3. Susu pekat ni kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti baru akan jadi pekat) dan sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain.

SELAMAT MENCUBA 🙂