Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Resepi Telur Bistik Mudah Dan Sedap. Anak-anakk Comfirm Suka.

Telur Bistik sangat mudah cara masaknya dan pastinya sangat sedap. Cukup berselera  jika dimakan bersama nasi panas dan telur bistik sahaja. Malahan telur bistik ini sudah seimbang dengan sumber protein dari telur dan sayur-sayuran campur yang dimasukkan ke dalam bahan kuahnya. Anak-anak pasti suka dengan telur bistik ini. Jom cuba.

Bahan-bahan Diperlukan:

Telur
Ayam (Potong dadu goreng dahulu)
Bawang putih
Bawang Holland
Sos cili
Sos tomato
Air
Cili padi
Sayur (bunga kobis + carot + celery + capsicum)
Sedikit garam.

Cara Menyediakan dan Memasak:

Untuk telur dadar
  1. Pecahkan telur campurkan sedikit garam
  2. Seterusnya masukkan ayam yang sudah digoreng terlebih dahulu .
  3. Gorengkan telur mcm biasa.
Untuk kuah
  1. Tumiskan bawang putih, bawang holland yang dah dipotong dadu.
  2. Apabila bahan tumis dah layu, masukkan sos cili, sos tomato. Tambah air.
  3. Seterusnya tambah cili padi ketuk, sayur (bunga kobis + carot + celery + capsicum)
  4. Perasakan dengan sedikit garam.
  5. Dah siap kuah, tuang atas telur dadar tu.
  6. Tabur daun sup daun bawang

P/S: Nak kuah lebih, tambah air , cili sos dan cili tomato lebih.