Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Roti Jala Semudah ABC

Roti Jala merupakan sejenis makanan tradisional. Roti Jala ini bebas untuk disajikan bila bila masa sekali pun , tidak kira waktu pagi mahupun petang. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk dibuat dan disajikan . Antara bahan dan caranya ialah :

 

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil pewarna

 

 

 

Cara Cara :

  1. Masukkan tepung gandum , air,telur, minyak masak , garam,dan sedikit pewarna ke dalam mesin pengisar.
  2. Kisarkan semua bahan itu sehingga sebati dan tiada ketulan
  3. Sediakan bekas untuk dibentukkan menjadi seperti jala
  4. Kemudian panaskan belangga
  5. Sapukan sedikit minyak
  6. Kemudian kiraikan adunan tadi menjadi bentuk roti jala
  7. Setelah agak masak, angkat dan gulung menjadi bentuk seperti dalam gambar.
  8. Sedia untuk di makan.

SELAMAT MENCUBA 🙂