Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Roti John Meleleh Ala Pasar Malam. Buat Sendiri Dirumah Lagi Sedap!

Roti John adalah pelengkap selera bagi sesiapa sahaja tidak kira tua atau muda. Bukan sahaja dalam bulan Ramadan, malah ketika hari biasa pun makanan ini akan menjadi perhatian orang ramai. Mudah untuk didapati dengan harga yang murah, malah rasanya yang enak dan mengenyangkan pula tu. Jadi, kalau malas nak berkunjung ke kedai untuk mendapatkan roti ini, apa kata cuba buat di rumah? Boleh buat dalam kuantiti yang banyak untuk seisi keluarga juga ya!

Bahan-bahan Diperlukan:

  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • 3-4 sb rempah kari
  • Daging ayam hancur
  • Garam
  • Lada sulah
  • Roti
  • Butter
  • Telur
  • Sayur kobis/timun
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Cheezy Sos
  • Sos black paper

 

Cara Menyediakan dan Memasak:

INTI

  1. Tumis bawang holland dan bawang putih.
  2. Masukkan rempah kari daging. 3-4 sb
  3. Masukkan daging ayam hancur yg siap di basuh. Nak masukkaan sosej pun boleh
  4. Perasakan garam dan lada sulah. Dah Masak ketepikan dahulu.

ROTI

  1. Belah dua tapi jangan sampai putus. Sapu butter
  2. Panaskan kejap atas kuali.
  3. Roti yang dah siap di bakar ketepikan.

Cara-caranya

  1. Campur kan bahan yag dah siap tumis tadi dengan telur.
  2. Kemudian tuangkan ke dalam kuali, jumlahnya agak-agak dengan kuantiti roti.
  3. Letakkan roti.
  4. Tabur sayur [email protected] timun. Tuangkan sos cili, mayonis, cheezy sos, sos black paper.
  5. Siap