Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Roti Sardin Gulung Confirm Ketagih. Mudah Je Nak Buat !

Para ibu ibu mesti tengah pening kepala nak masak apa yang mudah kan untuk sahur ? Pastinya kita memerlukan makanan yang sedap dan yang paling penting sihat. Jadi untuk memastikan semua mendapat yang terbaik untuk dijadikan juadah. Resepikini.com mencadangkan untuk kita menyediakan sendiri hidangan yang mudah dan cepat. Berikut adalah resepinya.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 10-15 keping roti gardenia.
  •  Sardine ayam brand mackerel (satu tin besar diasingkan sos dan isinya)
  • 1 labu bawang besar (hiris halus )
  •  2 tangkai cili merah (hiris halus) Cili padi (jika suka pedas)
  • 2 biji telor dipukul.
  •  1 mangkuk bread crumb (berwarna putih)
  • 2 sudu kecil jus limau kasturi.

Cara Cara:

  1. Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, roti gardenia hendaklah dilenyekkan dengan kayu pengelek.
  2.  Ikan sardine mackerel itu dibelah 2 dan dibuang lendir berwarna hitam serta tulang, dihancur.
  3. Gaul dengan bahan diatas kecuali roti gardenia, telor dan bread crumb.
  4. Kemudian, letakkan sardine ke atas roti dan digulung.
  5. Pastikan kedua-dua hujung roti tersebut dilenyek supaya inti tidak terkeluar.
  6.  Kemudian lumurkan dengan telor yang telah dipukul seterusnya salut dengan bread crumb.
  7. Goreng dengan minyak yang banyak (deep fry).
  8. Api jangan terlalu panas kerana bread crumb akan cepat menjadi hangus.
  9. Masakkan sebentar kemudian toskan roti sardines roll. (sedap dicecah bersama sos cili thai dan mayonis)

SELAMAT MENCUBA 🙂