Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur Viral. Senang Dan Sangat Sedap Sampai Terliur.

Banyak jenis resepi yang boleh dibuat dengan mengolah roti keping gardenia ni. Resepi roti gardenia sosej cheese sangat mudah untuk dibuat. Rasa kudapan ini rangup dan padat serta cheese yang meleleh dalam mulut sangat meletup di dalam mulut. Silala cuba resepi gardenia sosej cheese ini.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • Roti Gardenia
  • Sosej
  • Cheese
  • Telur

Cara Cara:

  1. Mula-mula sediakan 2 keping roti.
  2. Letakkan cheese dahulu di atas roti.
  3. Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese (Sosej nak potong memanjang pun boleh juga)
  4. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi.
  5. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan sikit black pepper kemudian kacau.
  6. Celupkan roti pada telur tadi sehingga sama rata.
  7. Panaskan kuali dan goreng.
  8. Siapp.

SELAMAT MENCUBA 🙂