Saya pasti, ramai yang menggemari kuih sagu gula melaka ini, kuih ini boleh membuatkan semua terliurkan ? Tambah tambah kalau waktu bulan puasa habis terliur ni. Terbayang pulak kesedapan sagu yang diletak ais untuk sejukkan lagi kuahnya. Santan pekat lepastu gula melaka pekat. Alahai memang menggugat iman. Jom kita buat sendiri di rumah agar puas hati. Berikut adalah cara resepi sagu gula melaka berstyle.
Bahan-bahan Diperlukan:
- Sagu
- Pewarna
- 1 tin susu cair
- 2 sudu gula Melaka
- 1 ketul gula merah
- 1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)
- Secubit garam
- 1/2 air
- Butir selasih (tak ada pun tak apa)
Cara Cara :
- Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).
- Cuci sagu dan letak pewarna, biarkan selama 20 minit.
- Selepas tu cuci lalu bawah air paip je supaya susu tidak bewarna.
- Untuk kuah, masukkan susu cair, air (sukat pakai tin susu cair tu juga), gula merah, gula Melaka, daun pandan & garam.
- Biarkan masak seketika.
- Akhir sekali campurkan kuah susu & sagu tu.
Tips Sagu
- Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
- Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.
- Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
- Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat.
- Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.
- Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply