Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Sambal Belacan Belimbing Buluh Yang Sedap Dan Tak Masam. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi.

Dengar sahaja Sambal Belacan Belimbing Buluh pasti kecur air liur dibuatnya bukan? Mana taknya ,fikiran terbayangkan akan kemasaman serta kepedasan sambal belacan tersebut. Cukup hanya dengan nasi putih, ikan rebus dan sambal belacan belimbing buluh ini sahaja pasti satu periuk nasi boleh habis! Untuk menghasilkan sambal belacan belimbing buluh yang sedap dan rasa masam pedasnya seimbang , mari kita ikuti resepi ini.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • Segenggam ikan bilis
    (ikan bilis direndam dan bersihkan sebelum ditumbuk)
  • Segenggam belimbing buluh
  • Belacan
  • Bawang merah
  • 10 biji atau lebih Cili Padi
  • Air asam jawa @ perahan limau kasturi

Cara Cara Memasak:

  1. Tumbuk halus bawang merah, masukkan cili padi, ikan bilis dan tumbuk. (Tidak perlu tumbuk sehingga lumat)
  2. Kemudian masukkan belimbing buluh. Terpulang sama ada tumbuk sedikit belimbing atau tidak.
  3. Masukkan sedikit air asam atau perahan limau. Gaul sebati.
  4. Boleh tambah garam sedikit jika suka.
  5. Siap!

SELAMAT MENCUBA 🙂