Sebut sahaja resepi sambal hitam pahang, mesti terbayang sambal yang cukup rasa dengan masam belimbing buluh, masin serta manis yang sangat sesuai dimakan dengan apa sahaja hidangan. Makan dengan nasi putih dan berlaukkan sambal ini sahaja sudah cukup menyelerakan. Sambal hitam pahang ini juga adalah resepi turun temurun yang berasal dari negeri Pahang Darul Makmur yang amat popular dan digemari oleh kebanyakkan penduduk negeri itu. Berikut adalah cara cara membuat resepi sambal hitam pahang.
Bahan-bahan Diperlukan :
- 1 Bawang merah (semangkuk sederhana) – dimayang halus separuh, tumbuk separuh
- Cili api kampung (semangkuk kecil) – ditumbuk
- Ikan bilis (semangkuk besar) – ditumbuk separuh hancur
- Belimbing yang telah direbus (semangkuk)
- Minyak masak untuk menumis (2 cawan)
Cara Cara :
- Panaskan minyak. Tumis bawang hiris sehingga naik bau dan kekuningan.
- Masukkan bawang tumbuk. Kacau sesekali sehingga warna bawang kekuningan dan naik bau.
- Kemudian, masukkan cili api kampung dan kacau sehingga cili betul-betul masak.
- Masukkan ikan bilis dan kacau sebati.
Tips: Tidak perlu masukkan garam kerana ikan bilis biasanya sudah masin. - Akhir sekali, masukkan belimbing yang telah direbus.
- Kecilkan api dan kacau sehingga sambal betul-betul naik minyak dan kering dan tapis minyak
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply